Oh Tuhan, berikanlah aku,
Kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.
Andainya hatiku bersuara,
Pastinya ia akan berkata,
Cukuplah sayang aku tidak berdaya,
Mengharungi segala sengsara.
Berapa kali harus aku terluka,
Barulah kan ku sedar,
Cintaku tidak layak untuk dirinya,
Mengapa masih aku setia disisinya,
Tidak ku mengerti, tidak ku fahami.
Seperti insan biasa ku ingin bahagia,
Menyintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.
By: Chomel
Komposer: Rya Rahman
Hellooo...lama da tak menulis rasenye...kali ni aku post lirik lagu ANDAINYA HATIKU BERSUARA... Ini adalah kerana setiap bait-baitnya macam kena je ngan aku sekarang ni..huhu tapi bukan pasal cintan-cintun tauu..pasal kerja je semua..heheh
Untuk pengetahuan, aku da nekad dah untuk berhenti kerja..sebab-sebab nya tak payah lah aku nak terangkan panjang lebar..biarlah hanya kami-kami je yang tahu..kalau korang faham bait-bait lagu ni, mesti korang boleh agak sebab apa..hehe..korang kan pandai.. =))
1 Oktober aku hantar notis sebulan berhenti kerja..aku tak tahu kenapa lately aku rasa tenang sangat bila fikir pasal nak berhenti ni..mungkin inilah yang terbaik bagi aku.. bila pengarah bahagian dah sign surat aku, aku rasa happy sangat walaupun tak bagitahu lagi bos yang aku nak berhenti kerja...mesti dia shock gila kot? huhu sebab bukan aku seorang je yang nak berhenti bln 10 ni..dua orang kottt...hahah..member aku yang buat sama kerja ngan aku pon nak berhenti..kitorang handle dalam 4 projek and akan dilepaskan kepada orang lain lepas ni..sedih memang sedih..aku sayang kerja aku ni..tapi apakan daya, baik aku berhenti dari aku sakit kemudian hari nanti..aku pon taknak bos aku sakit dan malu disebabkan aku..^^ walaupun ada terdetik untuk jadi jahat (stay je cam biasa tapi nanti dua-dua sakit hati)..tapi aku amik keputusan untuk stay out of her je..
Untuk kawan-kawan, aku bukan berhenti untuk melepaskan semua kerja-kerja yang berat ni untuk korang..aku bukannya nak melarikan diri dari kestressan kerja..aku bukannya tak fikir yang korang yang akan amik alih kerja kitorang and korang yang akan suffer sebab banyak projek tengah running..aku bukannya kejam macam tu..tapi aku fikirkan masa depan, kebahagiaan and kesihatan dalaman aku..lillahi taala aku memang tak sanggup nak bagi semua kerja ni kat korang..ikutkan hati biarlah kerja settle baru aku pergi..tapi bila fikir masak-masak and minta petunjuk, aku memang kena pergi..^^
Rezeki Allah luas..ada dimana-mana..kalau memang rezeki aku kat sini, siapa tahu maybe aku akan masuk balik tapi di bahagian lain pulak..heheh..
Kenangan pahit manis kita bersama memang tak dapat dilupakan..seriously memang terpahat dalam hati..untuk kawan-kawanku, jaga diri, jaga emosi, jaga kesihatan..kerja jangan sampai melupakan siapa Pencipta kita..siapa yang beri rezeki kepada kita..
Rezeki Allah luas..ada dimana-mana..kalau memang rezeki aku kat sini, siapa tahu maybe aku akan masuk balik tapi di bahagian lain pulak..heheh..
Kenangan pahit manis kita bersama memang tak dapat dilupakan..seriously memang terpahat dalam hati..untuk kawan-kawanku, jaga diri, jaga emosi, jaga kesihatan..kerja jangan sampai melupakan siapa Pencipta kita..siapa yang beri rezeki kepada kita..
jadikan malamku lebih indah
jadikan siangku lebih terang
biarkan bungaku mewangi..selamanyaaaaaaa
Ok sampai disini saja luahan hatiku..huhuhuhuuuu...lain kali aku tulis lagi..wokeyyyy
Anneyongggg
~stay cute n stay cool~