Dengar sni!!

Pages

*Kawan-kawan saya*

Saturday, December 31, 2011

My Kookie~♥^^

One man called Kim Jong Kook...


Perkenalan kami bermula daripada korea variety show Running Man.. =)

Dia bukan lah hensem+comel macam Song Joong Ki..
dan tidak lah seblur macam Lee Gwang Soo..
At first, memang la aku tertarik kat Joong Ki.. natural la sume pompuan nak tertarik kat guys yang ensem+comel2 kan...hahaa..

tp tak tau camne ley tersuka kat Kim Jong Kook nih..umur dia pown da lanjut...heheh...
lagi 1, da la badan berketul..ish.. geli aku tengok.. konon sporty la tu...suka main bola katanya..hahhaa


tp personaliti dia yang buat aku tertarik..hahah
dalam Running Man, dia adalah salah seorang yang sangat penting..kalau takde dia, maybe tak best kot..hahaha
scene yang paling aku suka, mase game hide and seek..group Commander Kook or Sparta Kook kne cari ahli group Yooruce Willis (Jae Suk)...hehee...sangat best sebab mereka sangat takut untuk terserempak ngan my kookie...^^
 hahaha...mase scene ni, aku memang gelak habis2 lah...suka sangat2..haahaha

Walaupun dia macam suka marah2...tapi in fact dia sangat prihatin kat dongseng dia..^^ comel kan ade abang macam tu..hehehe...muka tak kiut pown tapi klau dia buat muka kiut + hentak2 kaki,, waaaa..comelllnyeeee....

and satu lagi, dalam variety ni, Sparta Kook ade dua orang dongseng (Gary & Haha)..yang selalu kena marah..hahaha
tapi still Gary and Haha follow dia walaupun Kook garang and eager nak menang je..haha..maybe sebab Kook adalah antara yang terkuat sebab tu diorang jadi pengikut Sparta Kook kot??...hehee


hmm..nape pelik ke kalau aku suka Kim Jong Kook?? aku pown tak tau nape ley suka Jong Kook...hahaha..bagi orang lain, maybe dia seorang yang menakutkan, badan besar, suka marah2 and kuat...tp bagi aku personaliti dia da cukup kuat dalam Running Man ni..tak kan la dia nak hipokrit dalam variety kot..*mane la tahu kan*
kalau orang cakap dia tak sesuai buat muka kiut, memang pown!! bagi aku, kalau dia tak buat muka kiut pown da memang kiut dah...^^ *macam ayat orang da angau jep* hahaha
and aku tak tau nape kawan aku cakap dia tak gelak pown kalau tengok Running Man... erkk..mengapakah?? maybe kamu tak berperasaan?? hehee..sesedap mulut je cakap orang tak berperasaan..heheh...mianhae..^^

and dalam Running Man ni juga ada Monday Couple iaitu ♥Kang Gary and Miss Blank Ji Hyo♥...


haaaa...lagi 1 nk rekemen kan...dengar lah lagu Kim Jong Kook- One Man...
best wohh...bagi aku lahh...sebab aku suka Sparta Kook..

hahah...dengar tau...suara dye bila bercakap, tak best pown...suara Joong Ki lagi best..
tapi bila dengar My Sparta Kookie menyanyi,,, wahhh best la suara dia...heheheh..macam lovely man gituh...heehe

ok lah..sekarang ni nak mula study untuk exam...wahh..beberapa hari lagi..ade member da exam esok..
gud luck ye kawan2!! 
jgn stress2...kalau stress, bawak2 bertenang...hehehe


Saranghae oppa~♥^^


Wordless ^^



Tuesday, December 27, 2011

Tarikh Lahir ^^ (sekadar bacaan)

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Monday, December 19, 2011

Apit-Detik Terindah

sila layan ini video...hehehe...
best lagu ni..hehe..saje nak promote..
**addicted kat lagu ni sekarang~~~ ^^

p/s:: klau dia tulis ''sorry, an error occured, please try again later''
jangan layan..dye memain je tuh..klau korang try loading, ade gak mv tuh..hahaha








sungguh indah bila bersama
ku merasa sungguh bahgia
bersyukur pada yang esa
di atas pertemuan ini


ku berjanji akan setia
padamu yang ku kasihi
marilah kita bersama
membentuk cinta abadi



dan walau apapun rintangan 
melanda
ku harap kitakan tempuhi
bersama
seandainya kau dan ku berjauhan


membina mahligai seindah
permata
yang kita impikan berdua
selamanya
agar kita kecapi bahagia


ku berjanji
akan terima
seadanya dirimu
keinginanku
setia padaku


kemarilah
wahai sayangku
kan ku cium tanganmu
sebagai tanda
kau lah kekasihku


ulang*


ku berjanji akan setia
padamu yang ku kasihi
marilah kita bersama
membentuk cinta abadi

amacam? best tak? 
laa...tak best ke...takpe2..yela saye sorang je jiwang skrg...hahaha
ok..lagi 2 minggu nak final exam...wish me luck!! bye!


Sunday, December 11, 2011

Senyum^^

patah hati~
kenapa ek..terlalu brharap ke..
hmm..skrg da rse tak selesa kt dye dah..
nasib baik la aq tak ckp bukan2 kat dye..
klau tak, malu sangat laa..

sekarang ni, da layan lagu2 yg berentak sedih je..
hahaha
punyalah nak bagi hati rilex..
me dengar lagu Mariah Carey My All, 
Ne-Yo One in a million,
6ixth Sense Tanpa, lagu Apit, dan macam2 lagi la..
rase macam pasni tak nak cakap ngan dye lagi..huhuhu
sebab nnti klau teringt or bace msg2 dia, teringat yg dye da ade someone...
tak ley la nak kacau lebih2 an..
wlaupown sbg kawan je..
if aq tak tahu dye ad someone, maybe perangai still macam dulu..
huhu
nak buat camne..tuhan nak tunjukkan..
so pasni ko jangan la nak berharap sangat ye IKA NURATIKAH!!! 

denar lagu Irwansyah Camelia la pulak...sadisssss T.T

okbye~

Monday, December 5, 2011

Cerita sedih..|ditampar papa kerana bertudung|

Ceritanya bgini...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.
... ...
Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!