Dengar sni!!

Pages

*Kawan-kawan saya*

Saturday, June 16, 2012

Kerja berkumpulan @ individu

Hi semua..apa khabar..
esok dah exam toksikologi persekitaran..and me sekarang tengah serabut sebab terlebih toksik dalam otak..hahah
masa tengah busy dengan exam ni la pelbagai masalah datang..haha skema tak ayat?? 

hari ni me nak cerita sikit pasal kerja berkumpulan dan individu..^^

macam yang semua tahu, kerja berkumpulan memerlukan kerjasama dari setiap ahli kumpulan..
dan bukannya hanya seorang dua yang membuat semua kerja dan ade sesetengah mengambil sikap endah tak endah..mungkin itu bukan cara yang sepatutnya dalam bekerja berkumpulan..=)
sebab bagi setiap assignment berkumpulan, markah diberi sama rata untuk setiap ahli..
tetapi jika orang lain yang bertungkus lumus untuk anda, sedangkan anda tidak berbuat apa pun, sila berterima kasih kepada ahli kumpulan anda..

lain pula bagi kerja individu.. markah diberi mengikut usaha anda sendiri.. 
mungkin anda terpaksa bertungkus lumus seorang diri tetapi InsyaAllah akan puas hati dengan hasilnya sendiri.. dan tiada istilah 'makan dalam'..

mengikut pemerhatian, ada sesetengah orang suka kerja berkumpulan kerana jika ramai ahli dalam kumpulan, kerja boleh dibahagi-bahagi dan kerja dapat dibuat dan siap pada masa yang singkat..
tetapi ada juga orang yang tidak suka kerja berkumpulan kerana baginya leceh sebab kena berinteraksi dengan orang lain..bagi saya, mungkin ini orang yang pasif..=) dan juga terpaksa buat kerja mengikut masa sehingga ada yang perlu diingatkan kembali due date untuk dikumpul dan dicompile.. 
tidak dinafikan ada manusia yang perlu di'tekan' supaya membuat kerja yang diberikan.. 
ada juga yang membuat kerja sambil lewa, janji siap sudah..kan? hehe

bagi yang suka kerja individu, ada yang mengatakan bahawa dia akan bekerja keras terhadap assignment tersebut kerana hasilnya adalah untuk diri nya sendiri..dan mungkin akan berpuas hati jika dapat yang terbaik dan jika tidak dapat yang terbaik, dia tidak akan menyalahkan orang lain kerana itu adalah usahanya sendiri..
hebat bukan?

ada yang mengatakan melalui kerja berkumpulan, kita akan memperbaiki skill komunikasi dan hubungan antara ahli kumpulan.. mungkin bagi yang serik bekerja kumpulan, ada sebabnya yang tersendiri..^^
mungkin dia tidak akan mengambil orang yang membuat masalah di dalam kumpulannya pada masa akan datang..siapa tahu?? bak kata pepatah, tidak mahu pisang berbuah dua kali..hehe

ok la...nak sambung baca toksikologi nih... 
entry ni adalah sekadar renungan kita bersama..
saya bukan nak hentam sesiapa tapi ini semua adalah pengalaman saya dan rakan.. =)



No comments: