Dengar sni!!

Pages

*Kawan-kawan saya*

Sunday, February 24, 2013

Intern at Cube Global-FRIM

Salam semua!! da lama tak jenguk blog nih..da mula rindu kat kawan-kawan semua..
kali ni aku nak cerita pasal ape bende yang aku buat kat FRIM ni..aku cerita basic-basic je la ye..heee..
nanti next entry insyaAllah aku cerita mendalam sikit..

First of all, Cube Global (CG) adalah syarikat yang aku intern sekarang ni..CG ni berkolaborasi dengan FRIM untuk mencapai target FRIM untuk masuk dalam list UNESCO world heritage pada tahun 2017..
Untuk pengetahuan, UNESCO warisan dunia di semenanjung Malaysia ni ada dua iaitu Melaka dan Pulau Pinang yang mendapat status world heritage atas dasar ekopelancongan..So, FRIM target untuk status world heritage under alam semulajadi.. salah satu syarat bagi FRIM untuk masuk dalam UNESCO adalah FRIM perlu memetakan hutan FRIM yang sedia ada..data-data pokok perlu direkodkan.. Therefore, Cube Global rasa terpanggil untuk sama-sama merealisasikan target tersebut kerana ia adalah sebuah company yang expert dalam mapping menggunakan GIS..

ok done about pengenalan sume..aku nak crita apa yang kitorg buat dalam mase tak sampai seminggu kat Cube Global-FRIM ni..jeng jeng jeng

kami bertujuh dari Mersing SMM07C masuk mengadap pada 18022013


khusyuk dengan briefing dari Cik Norseha dari FRIM..
ini pula briefing dari Cube Global oleh En.Amry Johan..
Oleh sebab hari pertama, Cik Seha lepaskan kami awal supaya dapat ke kedai untuk membeli barang keperluan..dan esoknya, kami terus masuk ke hutan...phewww 

singgah makan sat at Restoran Ayam Penyet..
Kitorang pergi ke Selayang Mall untuk beli barang keperluan seperti makanan, stokin pacat, penyapu dan sebagainya..heheee..Cik Seha cakap gunakan sebaik mungkin masa yang ada sebab nnti bila da busy, tak dapat nak kluar bersuka ria..hehehe

Ok..sekarang hari pertama masuk ke hutan FRIM..takde nervous sangat sebab dulu da selalu masuk hutan..so pacat-pacat tu da penah kena da..heheee
ok let me brief sikit, sebelum mapping hutan, kita kena kira pokok (tagging) dan ukur DBH pokok, ukur tinggi and silara pokok, and lastly identify name of the tree.. 
so kitorang yang baru masuk ni, yang tak sempat nak kursus ape-ape dah, terus masuk hutan and mereka yang dah sebulan masuk hutan tu yang ajar kami on the spot..terbaik la mereka..masa hari pertama, aku masuk group ukur tinggi dan silara pokok..and hari kedua aku masuk group ID..

haaa..tudia scenery dalam hutan ni..amazing tak? cantik kan =))
mendaki untuk ke subfiled..untuk mapping hutan

guna Trupulse untuk ukur tinggi pokok
haa inilah sifu hari pertama aku...dia power woo bab-bab ukur tinggi pokok nih..aku belajar guna trupulse ni ngan dia lah

proses tree identification
ok, si 'ally iskandar' ni pulak masuk group ID pokok mse first day..if tak tahu nama pokok tu, diorang kena amik daun untuk buat identification...kalau daun tu dekat je, boleh petik..if jauh ke atas?? lastik je la weyhhh..hahah

ok next, second day aku dapat masuk group ID pokok..sangat mencabar otak ok..seriusly aku tabik kat diorang da tahu nama pokok dari jauh..hahaha..klau aku yang beginner lagi ni, tak dapat nak beza kan daun pokok A dan pokok B..hahaha..tapi kan, aku da tahu mana pokok keladan, kapur, perah, dedali, kelat, kulim, dan pokok melembu...heee..semuanya dibezakan mengikut batang pokok, daun, and resin (getah) pokok..harap-harap semuanya kekal dalam otak ni..=)) and lagi 1, target kitorang untuk satu hari adalah 200 pokok ye kawan-kawan.. @__@

ni batang pokok kapur..senang je ID dia sebab batangnya merekah teruk..
ok..ni pula batang pokok melembu..dia ade macam lubang-lubang/benjol-benjolan kat batang..
yang ni pulak batang pokok keladan..batang dia kalau dipegang, macam berpasir sikit..
fyi, pokok keladan ni da nak sama ciri-ciri ngan pokok kapur..sebab nau daunnya da nak sama..boleh dibezakan ikut batang dan daunnya..if daun pokok kapur macam bulat sikit, and pokok keladan ade oval sikit...heee

proses herbarium
seperti yang diwar-warkan di atas, kalau tak tahu nama spesis, kami kena bawa balik sampel dan buat herbarium dengan mengeringkan daun dalam oven selama 1minggu..lepas itu, boleh la kita identify pokok mengikut jenis urat yang ada di daun itu..

masa berjalan di hutan, terjumpa pula makhluk Tuhan ni...si mushroom
jumpa ni jugak..
dan yang ni..=)
lastly, nak tunjuk pandangan atas di area subfield kami.. aku suka tengok atas pokok ni sebab kalau perhatikan betul-betul, dia bentuk macam spiral, macam payung pon ade kot..
eh tak last lagi...nak bgtahu ni..pada tarikh 22 Feb 2013, satu pelancaran projek telah dilakukan dengan kerjasama UNESCO-FRIM-Cube Global dan dibantu sedikit oleh peserta GEMS...kami la tu..=) so khamis tu kami siapkan ape yang patut seperti gimik pelancaran, rehearsal, dan sebagainya di ofis Unesco..after maghrib untuk makan malam, Cik Seha yang baik hati belanja kami makan..yeayyhhh...tu je point nak tulis sebenarnye...hahah

rancak berbicara tentang tetttt...
pada hari kejadian, aku jadi dulang girl..haha..yang tolong bagi hadiah/cenderahati tu..seb bek semuanya berjalan dengan lancar..alhamdulillah..walaupun ade beberapa insiden yang tak diingini..heheh

ini lah projek kami.. inventory pokok
ok..selepas perasmian ofis dan sebagainya, malam tu CEO Cube Global taja kambing, ayam, ikan sume untuk kami buat BBQ..huhu..macam majlis kesyukuran la kiranya..ape-ape pun kitorang memang happy sebab satu event da lepas...heee..haaa lupa nak cakap, setiap event yang kami buat ni ade ketua nye..macam GLP jugak laaa...if majlis pelancaran ade ketuanya, BBQ ni pon ade ketuanya..huhu..and our next event/program adalah trip ke Perlis/Pulau Pinang..hopefully berjaya dengan kerjasama semua..!! jyeahhh


haha..nah..ni muffin yang aq, erni, and kak zu buat diajar oleh Cik Seha...

p/s: sempat pulekk belajar memasak..=))

ok lah semoga berjumpa di lain waktu..insyaAllah aku update lagi.. =)

~stay cool and stay cute~

4 comments:

perindu_خلافة said...

wah.. dah start update pasal intern, nice, sambung lagi lepas ni ye ^_^

Ika Nuratikah said...

Insyaallah..nnti me update klau ade mase n peluang

Ika Nuratikah said...
This comment has been removed by the author.
linepeace said...

saya berminat nak tahu pasal pokok melembu yang ade dihutan FRIM...boleh saya tahu lebih lanjut mengenainya.saya nak tahu brape byk pokok melembu yang terdpt disana dan bape DBH nye...mungkin lebih selesa kalau boleh berkemunikasi melalui email: linenorline@gmail.com